Monday, 14 August 2017

Language Summer Programme (UiTM -- Bunkyo Gakuin University, Japan)


Seramai 10 orang pelajar dan seorang Pegawai daripada Bunkyo Gakuin University (BGU), Jepun berada di UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah bagi mengikuti 'Language Summer Programme'. Program yang berlangsung selama 10 hari bermula 4 Ogos 2017 bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris melalui kuliah, perbincangan dan tugasan lapangan. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan budaya tempatan di Melaka melalui aktiviti lawatan, ceramah, persembahan dan lain-lain.
Program usahasama antara Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Melaka dan Office of International Affairs (OIA) UiTM Shah Alam ini merupakan kesinambungan kepada edisi pertama yang diadakan pada tahun lalu.
Enam orang 'buddies' atau rakan pembimbing daripada kalangan pelajar UiTM Melaka telah dilantik bagi memudahkan para pelajar BGU tersebut mendalami suasana dan persekitaran tempatan dengan lebih baik. Ini juga dilihat sebagai peluang terbaik untuk pelajar UiTM Melaka bagi memperolehi pengalaman dan pertukaran idea serta budaya melalui aktiviti pengantarabangsaan.
Antara pengisian program termasuklah lawatan ke Taman Mini Malaysia dan tempat-tempat bersejarah di Bandaraya Melaka, D-I-Y Dictionary, persembahan kebudayaan dan tugasan berkomunikasi dengan penduduk setempat di kawasan awam seperti di pusat beli-belah, premis makanan dan pasar malam.
Kesemua pelajar daripada BGU ini kemudiannya ke UiTM Shah Alam pada 13 Ogos 2017 bagi meneruskan program di sana sehingga 4 September 2017.
Laporan oleh: Mohd Amirul Atan



























































































No comments:

Post a Comment