Program
penutup "Dynamic Interactive & Communicative English (DICE) for MPAG
Officers 2017" ini adalah kemuncak kepada program "knowledge
transfer" universiti kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah
(MPAG).
Majlis
ini dihadiri oleh Tn. Hj. Ismail bin Hj. Hasim, Yang DiPertua Majlis MPAG,
serta dirasmikan oleh Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM Melaka.
Program
latihan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Korporat ini mempunyai 6 sesi kursus
berlangsung sepanjang bulan Mei hingga Julai 2017 bertempat di UiTM Cawangan
Melaka Kampus Alor Gajah.
Seramai
5 orang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa telah terlibat secara langsung
sebagai tenaga pengajar iaitu Pn. Sumarni binti Maulan, En. Nazarul Azali bin
Razali, Pn. Isma Izza binti Mohd Esa, En. Ariff Imran bin Anuar Yatim, dan En.
Mohd Amirul bin Atan.
Program
Latihan yang telah dihadiri oleh 23 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan
Professional Majlis Perbandaran Alor Gajah ini bertujuan memantapkan lagi penguasaan,
kemahiran dan keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan Pegawai
MPAG agar dapat diaplikasikan dalam usaha meletakkan MPAG di persada global.
Laporan
oleh: Nazarul Azali Razali
No comments:
Post a Comment