Seramai 10 orang pelajar dan seorang Pegawai daripada
Bunkyo Gakuin University (BGU), Jepun berada di UiTM Melaka, Kampus Alor
Gajah bagi mengikuti 'Language Summer Programme'. Program yang berlangsung selama
10 hari bermula 4 Ogos 2017 bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris melalui kuliah,
perbincangan dan tugasan lapangan. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan
budaya tempatan di Melaka melalui aktiviti lawatan, ceramah, persembahan dan
lain-lain.
Program usahasama antara Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Melaka dan Office of International Affairs (OIA) UiTM Shah Alam ini
merupakan kesinambungan kepada edisi pertama yang diadakan pada tahun lalu.
Enam orang 'buddies' atau rakan pembimbing daripada
kalangan pelajar UiTM Melaka telah dilantik bagi memudahkan para pelajar BGU
tersebut mendalami suasana dan persekitaran tempatan dengan lebih baik. Ini
juga dilihat sebagai peluang terbaik untuk pelajar UiTM Melaka bagi memperolehi
pengalaman dan pertukaran idea serta budaya melalui aktiviti
pengantarabangsaan.
Antara pengisian program termasuklah lawatan ke Taman
Mini Malaysia dan tempat-tempat bersejarah di Bandaraya Melaka, D-I-Y
Dictionary, persembahan kebudayaan dan tugasan berkomunikasi dengan penduduk
setempat di kawasan awam seperti di pusat beli-belah, premis makanan dan pasar
malam.
Kesemua pelajar daripada BGU ini kemudiannya ke UiTM
Shah Alam pada 13 Ogos 2017 bagi meneruskan program di sana sehingga 4
September 2017.
Laporan oleh: Mohd Amirul Atan
No comments:
Post a Comment