Saturday, 20 February 2016

THROWBACK: APB Blind Football Challenge 2016

Modern Language Society, The English Club UiTM Melaka, APB UiTM Melaka dengan kerjasama Blind Football Malaysia menganjurkan aktiviti Blind Football Challenge pada hari Sabtu (20/2/2016) di padang bola UiTM Melaka. 

Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti yang dijalani oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) di samping mewujudkan konsep bersyukur dalam diri peserta. 

Untuk makluman, sebahagian daripada yuran akan diberikan kepada salah seorang pemain yang mempunyai penyakit ketumbuhan di kepala. 

Peserta akan diberikan peluang untuk bermain bola secara 'blind fold' dan diberi masa selama 5 - 15 minit untuk berlawan dengan Pasukan Blind Football Malaysia.

Pasukan Blind Football Malaysia ini telah banyak menyertai dan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa dan mereka merupakan antara pasukan Blind Football yang terbaik di dunia. 
























No comments:

Post a Comment