AKADEMI PENGAJIAN BAHASA dengan kerjasama The English Club (TEC) akan menjalankan satu program kebajikan iaitu UiTM Melaka Charity Fun Run. Tujuan utama program ini adalah untuk mendapatkan sumbangan yang akan didermakan kepada Kiwanis Down Sindrome Foundation Melaka (KDSF).
Berikut disenaraikan objektif program UiTM Melaka Charity Fun Run :
- mengumpul dan memberi sumbangan kepada Kiwanis Down Sindrome Foundation Melaka
- menggalakkan warga UiTM Melaka untuk melakukan amal kebajikan
- mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga UiTM Melaka
- menggalakkan warga UiTM Melaka supaya sentiasa bersenam dan menjaga kesihatan.
Yuran penyertaan: RM30 (Running Kit + Sijil + Sumbangan kepada KDSF)
Tarikh program: 6 Ogos 2016
Hari: Sabtu
Masa: 8.oo pagi
Tempat: Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka
No comments:
Post a Comment