Monday, 21 August 2017

PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & KEBANGSAAN MALAYSIA 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.
Ianya disambut besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun!
Negaraku Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2017.
Pemilihan tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan yang akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan seperti biasa pada 31 Ogos di Dataran Merdeka. Hari Malaysia pula akan disambut 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.



















Majlis Penutup Program "Dynamic Interactive & Communicative English (DICE) for MPAG Officers 2017"


Program penutup "Dynamic Interactive & Communicative English (DICE) for MPAG Officers 2017" ini adalah kemuncak kepada program "knowledge transfer" universiti kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Majlis ini dihadiri oleh Tn. Hj. Ismail bin Hj. Hasim, Yang DiPertua Majlis MPAG, serta dirasmikan oleh Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM Melaka.

Program latihan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Korporat ini mempunyai 6 sesi kursus berlangsung sepanjang bulan Mei hingga Julai 2017 bertempat di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Seramai 5 orang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa telah terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar iaitu Pn. Sumarni binti Maulan, En. Nazarul Azali bin Razali, Pn. Isma Izza binti Mohd Esa, En. Ariff Imran bin Anuar Yatim, dan En. Mohd Amirul bin Atan.

Program Latihan yang telah dihadiri oleh 23 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Professional Majlis Perbandaran Alor Gajah ini bertujuan memantapkan lagi penguasaan, kemahiran dan keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan Pegawai MPAG agar dapat diaplikasikan dalam usaha meletakkan MPAG di persada global.


Laporan oleh: Nazarul Azali Razali








Monday, 14 August 2017

Language Summer Programme (UiTM -- Bunkyo Gakuin University, Japan)


Seramai 10 orang pelajar dan seorang Pegawai daripada Bunkyo Gakuin University (BGU), Jepun berada di UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah bagi mengikuti 'Language Summer Programme'. Program yang berlangsung selama 10 hari bermula 4 Ogos 2017 bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris melalui kuliah, perbincangan dan tugasan lapangan. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan budaya tempatan di Melaka melalui aktiviti lawatan, ceramah, persembahan dan lain-lain.
Program usahasama antara Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Melaka dan Office of International Affairs (OIA) UiTM Shah Alam ini merupakan kesinambungan kepada edisi pertama yang diadakan pada tahun lalu.
Enam orang 'buddies' atau rakan pembimbing daripada kalangan pelajar UiTM Melaka telah dilantik bagi memudahkan para pelajar BGU tersebut mendalami suasana dan persekitaran tempatan dengan lebih baik. Ini juga dilihat sebagai peluang terbaik untuk pelajar UiTM Melaka bagi memperolehi pengalaman dan pertukaran idea serta budaya melalui aktiviti pengantarabangsaan.
Antara pengisian program termasuklah lawatan ke Taman Mini Malaysia dan tempat-tempat bersejarah di Bandaraya Melaka, D-I-Y Dictionary, persembahan kebudayaan dan tugasan berkomunikasi dengan penduduk setempat di kawasan awam seperti di pusat beli-belah, premis makanan dan pasar malam.
Kesemua pelajar daripada BGU ini kemudiannya ke UiTM Shah Alam pada 13 Ogos 2017 bagi meneruskan program di sana sehingga 4 September 2017.
Laporan oleh: Mohd Amirul Atan